Crush ♡
Saturday, 31 January 2015 • 10:32:00 pm • 0 comments
Assalammualaikum, tengah baca blog kinny eh? Harini apa kata kita cerita pasal crush. Haa apa itu crush, crush tu macam kita minat/suka dekat seseorang tapi dia tak tahu. Tapi kita tak couple pon dengan dia. Haa macam tu lah.

Kinny pon ada crush jugak, tapi dia dah tahu. Boleh di terima jugaklah kan hihi. Meh kin cerita sikit kenapa kin minat sangat kat dia, awal tahun 2014. Masa tu kin tengah menjalankan aktiviti mengutip duit, ceh ceh macam along tu. Haha lepas tu tiba kat satu meja ni ada budak sains baru masuk kelas kinny, kin punya kelas aliran akaun. So kiranya dia tukar aliran lah. Sebaris meja tu ada 3 orang duduk. Disebabkan kelas kin ni ramai sangat sebab tu susun macam tu. Kin mintak lah kat dorang ni. Tengah2 mintak ni dia tanya kawan sebelah dia siapa kin ni. Bla bla bla semua. Kin first time tengok dia dah blushing tengok dia senyum kemain lagi. Haha.

Next chapter, start dari tu asyik mintak duit je. Bila sampai tempat dia rasa macam panas je. Berpeluh huhu. Lepas tu perasaan tu tetibe datang. Ceh macam dah jatuh hati kat dia punya kerekter.

Masa bulan mei tahun yang sama, kelas kin dapat wakil sekolah untuk program kokorikulum dekat Kajang. Ada satu kem koko kat sana baru bukak. Macam-macam aktiviti boleh buat lah kat sana. Such as berkayak, redah hutan, flying fox and else. Pagi tu kiteorang berkumpul lepas tu naik bas dan bergerak. Sampai je sana dengar taklimat dan buat pendaftaran dan enjoy. Haha maksudnya enjoy buat akitiviti kat sana. First kin pilih berkayak. Tengah tunggu turn dorang tutup pulak sebab sembahyang jumaat. Kiteorang sampai lambat, sebab sesat. Lepas 2jam dorang tutup. Kin pon enjoy lah berkayak sepuasnya, lepas tu kiteorang gerak ramai-ramai masuk hutan. Masa tu kin tak berapa sihat sebab dalam bas dah jadi mabuk tambah dengan kepenatan berkayak. Habis dah air yang kin bawak. Memang jantung tu laju lah lagi-lagi kin ni sakit. Kin tak boleh terlampau aktif sebab nanti jantung kin gerak laju selaju kereta F1. Kin tak boleh nak kawal nanti boleh macam-macam jadi. Disebakan tu lah kin susah dapat kebenaran nak join aktiviti yang melibatkan hutan ni. Dah tunggu cikgu semua. Kiteorang pon masuk lah. First pon dah susah sebab kena bergayut kat pagar nak masuk ke dalam. Dah lepas pagar tu, turun bukit yang agak tinggi. Sebenarnya ada batu yang dorang buat jadi tangga, tapi tangga tu tinggi. Cuba bayangkan kita nak turun ke bawah ni dengan tangga dia garak dia peh bukan main lagi. Kin ni dah lah tinggi 168 je mana sampai kaki nak cecah batu tu, silap-silap tersungkur. Nasib kin jalan dengan budak lelaki boleh paut bahu dia sebab dia tinggi. Dah lepas halangan tu, tiba-tiba kin blank tak nampak apa. Kepala kin pening rasa nak muntah. Badan start jadi panas. Kin pegang pokok still samar-samar permandangan. Kin dengar kawan-kawan kin ni panggil nama kin, tanya okay tak. Kin nak tumbang memang blank, kalau kin jatuh situ silap-silap jatuh dalam gaung. Lepas tu si dia pergi dekat kin sebab kin dengar suara dia betol-betol dekat. "Syiqin okay tak? Okay tak?" Lepas tu kin suruh dorang teruskan. Kin stop situ dan patah balik pergi kat kecemasan. Cek tekanan darah  semua. Tinggi sangat kin direhatkan kat situ. Dorang bagi air, ubat, suruh kin baring bukak tudung. Tunggu sampai dorang selesai.

Kin tak tahu dorang habis dalam masa berapa jam, boleh tahan lama jugak lah. Tiba-tiba cikgu datang kat kin bawa kin naik bas. Rupa-rupanya, dorang tak tahu kin kat mana. Penjaga kat situ tak maklumkan pada cikgu kin. Cikgu kin yang cari kin sendiri. Dorang masa tu dah siap mandi dah. Kin masuk bas, dorang bagi kin duduk, rebahkan kerusi tu. Kin duduk dengan kawan baik kin. Dia cerita apa yang jadi masa dalam hutan tu. Dia cakap si dia tu(crush) asyik tanya keadaan kin. Dia risau lah kin ni okay ke tak. Dia asyik tanya "tan, kin kat mana? Kin okay tak?" Lima minit kemudian, "tan, kin okay tak wey dia kat mana?" Mestilah kalau dengar macam tu dari orang yang selama ni kita minat rasa macam ahhhhhh blushing.

Start tu kiteorang rapat, suatu hari tu dia lepak kat meja kin. Cakap-cakap tersasul pulak cakap yang kin ni dah ada boyfieee. Halamak nak tahu reaksi dia "apa? Kau dah ada pakwe ke kin? Ala terlepas aku" kin pon terus tergamam lepas tu "haa apa wey, ulang balik" "ehh takde apa lah" kin terus terdiam dia pun duduk balik kat tempat dia. Sebenarnya panjang lagi cerita pasal dia ni, takpe kin pendek kan.

Dalam bulan ramadhan, dia tiba-tiba wechat kin, "wey kin" kin terkejut tengok nama dia kat conversation, kin pun balas lah "ye kenapa" "nak tanya sikit boleh" "tanya lah, apa dia" "kau suka aku eh" kin tekejut dengan soalan dia, kin mengambil masa yang agak lama nak balas, kin bagitahu kawan baik kin dia suruh kin balas je. Kin pun "ha'ah kenapa wey" "sory lah wey, aku nak fokus belajar aku nak berubah" kin pun "hahahha tahu dah wey" "kau jangan amik hati pulak" "sikit pun aku tak amik hati aku okay lah" tapi dalam hati ni kecewa lah.

Tu crush kita, gambar pagi tadi 

Itu lah serba sedikit cerita pasal crush kin. Hope enjoy. Iloveyou

Your blogger,
Kinny


OLD
This owner ♥
Thank for coming


Welcome

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Eyekyn Rosley