Friday, 9 January 2015 • 4:50:00 pm • 0 comments Hello uolls. Bertemu kita setelah sekian lamanya. Lama rasanya tak merepek kat sini. Tahun baru kan? So cerita kena lah baru. Sebelum terlambat "Selamat Tahun Baru" kawan-kawan yang disayangi sekalian alam.Okay disebabkan baru-baru ini aku baru je putus cinta, jadi why not aku cerita serba sedikit macam mana nak move on ke hadapan kan? Tanpa melengahkan lagi masa pembaca sekalian dan ini lah dia ; (happy reading guys)
Perempuan? Tak sah kalau tak melalak bila baru break kan. Tipu lah kalau cakap tak menangis. Okay cuba kita bukak fikiran sikit, buat apa nak menangis sedangkan dia? Ada dia kesah kau nak nangis ke hapaa ke? Dia dah tak peduli dah sapa kita lepas tu. Tak kesah kau nak menangis ke tak. Sebab bagi aku sendiri menangis tu adalah salah satu cara nak lepaskan sesuatu. Tapi ingat, lepaskan sepuas hati lepas tu tidur. Bila bangun percaya lah. Rasa tenang setenang tenangnya. Tak caye? Cer try buat.
Okay next, padam lah segala kenangan dengan si dia tu. Tak de guna nak simpan lagi. Buat lagi sakit hati dan membuatkan kita jadi sedih. So better buang. Nak simpan? Boleh memang boleh. Tapi simpan lah dalam tempat yang jarang di bukak. Contohnya laptop ataupun create satu folder tentang si dia kat gadjet korang tu.
CINTA? tak sah kalau tak ada lagu kan. Mesti masa bersama si dia ada lagu kesukaan korang yang selalu menyanyi sama-sama time korang pergi karoke kan? Setiap lagu yang ada kat Malaysia ni mesti ada 1 atau 2 yang ada kena dengan korang sebelum ni. Jadi lepas si dia tinggalkan kita, elakkan mendengar lagu tu. Nanti buatkan korang jadi sedih dan automatik menangis sebab teringatkan dia. Jadi elak-elakkan lah.
Kemudian, korang mesti sebelum ni save nama dia kat contact log korang yang sweet-sweet gitu. Jadi selepas si dia tinggalkan kita, tukar lah. Korang boleh create nama yang tak masuk akal jugak. Contohnya, "ex sakai" , "mail bengong" dan sebagainya. Nampak macam melepaskan sesuatu kan? Aku penah buat benda ni. Hahahaha
Mesti masa korang keluar date ataupun masa birthday korang si dia ada bagi hadiah. Dan semestinya benda tu adalah sangat bermakna dan istimewa. Tak kisah lah mahal ke murah. Tiada yang lagi mahal harganya dari keikhlasan right? Masa date dulu mesti lah ada keluar tengok movie and mestilah ada ticket kan? Ticket tu mesti korang simpan sampai dah tak ada ink. Serious aku memang ada simpan lagi. Haha. Bila birthday pulak, mesti ada hadiah dari si dia dulu. Contohnya, t-shirt dan sebagainya. Apa kata lepas korang break, benda-benda tu korang simpan dalam satu tempat macam kotak. Dan simpan tempat yang sesuai. Tak akan nak buang? Pemberian orang kita kena hargai.
Isi lah masa korang dengan benda yang berfaedah. Sebab sebelum ni korang spend time lebih pada phone kan? So why not kau pergi buat aktiviti yang bagus dan boleh menghappykan kau. Walaupon korang nak main game ke, jogging ke terpulang pada korang okay. (Kenyit mata sikit)
Dan terakhir, dekatkan lah diri pada Allah. Bagi yang islam, memperbanyakkan berdoa agar hidup menjadi lebih baik dari sebelum ni. Itu adalah perkara paling terbaik.
Walauapapun yang berlaku, ia adalah dugaan yang kita dapat dan untuk menguji tahap kesabaran kita. Belajar dari pengalaman membuatkan kita lebih positif masa akan datang. Muhasabah diri kita dan jauhkan dari disakiti kaum adam. Ingat, jodoh itu pasti ada. Love you all. See yaa!
Seikhlas hati,
Kinny
|
This owner ♥
Thank for coming
WelcomeMood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p Chating here ♥
Leave your footprint here
Awesome people ♥
Thank for following me
Credits ♥
Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Eyekyn Rosley |