THYROID?
Saturday, 10 January 2015 • 11:42:00 am • 0 comments
Hello uolls. Hari ini nak cerita pasal apa ye? Haa, apa kata cerita pasal penyakit aku yang dah bertahun aku hidap ni. Why not kita share kan? Sebab ada lagi orang yang taktahu apa benda tu. Setiap kali aku cerita mesti muka krik krik je yang pendengar tu. Hahaha. So lets start yooo!

Mengikut sejarah riwayat hidup aku dan mengikut cerita ayah, sejak 2hari aku dilahirkan aku disahkan menghidapi "hypothyroidism" dokter mengesahkan setelah membuat pemeriksaan kesihatan aku disebabkan deman kuning aku yang begitu teruk dan terpaksa duduk dihospital sekian lamanya.

Mengikut kajian sains ;


Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 
Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid



Apa itu penyakit Hypothyroidism?

-       Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif. Tanpa hormon tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai penyakit kelenjar tiroid.

Bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan (metabolisma)?


-       Metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.

Apa yang menyebabkan hypotyroidism?

Hypothyroidism mempunyai beberapa penyebab, termasuk
1. penyakit Hashimoto
2. tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid
3. hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir
4. pembedahan pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid
5. radiasi rawatan tiroid
6. kesan beberapa ubat

-       Hipotiroidisme juga disebabkan oleh yodium terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis.

-       Orang yang menghidap hypothyroidism tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup


Thyroid juga mempunyai 2 jenis iaitu ; 

HYPERTYROIDISM

Mengikut percakapan Prof saya di HUKM. Hyper adalah disebabkan kelenjar tyroid yang berlebihan. Kesan terhadap penghidap penyakit ini lebih teruk berbanding hypo. Ia akan disebabkan pembesaran pada leher dan sebagainya. 

HYPOTYROIDISM 

Ia adalah disebabkan kelenjar tyroid yang tidak cukup untuk tubuh badan. Prof saya pernah berkata, penghidap penyakit ini tidak begitu serius dan orang yang menghidap ini adalah seperti orang2 yang normal tanpa sebarang penyakit. 

RAWATAN yang selama ini saya jalankan di HUKM sejak saya kecil lagi adalah, pemeriksaan darah (T4) untuk memastikan kandungan ubat yang saya makan (tyroidxine) sama ada okay atau sebaliknya. Selain itu pemeriksaan tinggi dan berat kerana ingin memastikan pembesaran saya normal atau sebaliknya.

Itu adalah serba sedikit info mengenai penyakit tyroid. Sehingga sekarang saya menjalani rawatan disana dan mengambil ubat setiap pagi sepanjang hayat saya. Sekian. See yaa! 

Seikhlas hati, 
Kinny

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome

Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)Change it
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Eyekyn Rosley